Wednesday, May 12, 2010

Bila USM buat kerja jalan

Aku yakin ramai yang akan rasa cemas bila nampak kontraktor buat kerja yang melibatkan jalan-jalan utama dalam USM. Tiap kali buat kerja mesti tunggang terbalik tak peduli orang nak kata apa. Kalau aku ingat baik-baik, memang kat USM lah paling teruk. Baik dari segi kualiti, disiplin, keselamatan dan sebagainya. Zaman sekarang ni jarang sangat lah nak jumpa kontraktor buat kerja cincai-bocai. Orang dah pandai demand semua yang elok bila nak pilih kontraktor. Tambah lagi kalau buat kerja kat universiti, tempat orang pandai-pandai berkumpul.

Ingat lagi kerja-kerja ganti road kerb, lepas tu turap semula jalan, kalau tak silap hujung tahun lepas. Arrgh!!! Aku masih rasa tak percaya keadaan macam tu boleh terjadi kat USM. Berapa lama hang kena drive atas batu tajam pasal jalan dah kena korek atau kena bagi laluan 10 minit pasai jalan tinggal satu lorong atau parking lot tak cukup pasal nak letak tong, bahan binaan dan sampah atau tayar kereta masuk lubang pasal road kerb baru tak siap-siap. Semua itu pengalaman manis. Ramai orang yang masuk keluar USM setiap hari atas macam-macam urusan. Kalau boleh elak memang tak masuk lah. Yang tak ada pilihan terpaksa lah akur dengan tahap ultra toleransi mana-mana pihak USM yang uruskan kontraktor buat kerja. Pihak yang mana tu tak tahulah pulak. Kalau kat luar ada papan notis, ada semua infomasi yang kita nak tahu.

Sebelum kita penalize sapa-sapa, mai kita tengok kerja apa yang hari tu depa buat. Mula-mula, road kerb. Aku sebenarnya don't get it pasal apa nak tukar. Yang lama ok je dan yang baru lebih kurang sama je macam yang lama. Tukaq pasai apa? Bila tukar pula, punyalah lama nak siap. Agaknya dalam kontrak ada cakap boleh ikut keselesaan kontraktor sendiri. Pasal tu lah boleh longgok debris lama-lama kat parking lot yang memang dah kurang ataupun boleh tinggal lubang tepi jalan lama-lama tengok berapa banyak kereta boleh termasuk. Lepas tu masuk kerja turap jalan pulak. Yang ni lagi pelik. Satu, pasal kalau nak buat jalan baru, awat pi tukaq road kerb dulu. Buat lah jalan dulu, lagi senang dan tak rosak serta kotor road kerb baru. Satu lagi, aku rasa jalan dulu masih elok. Pasal apa nak tukaq? Dah la tu, buat kerja mengalahkan budak-budak. Buat satu hari, break seminggu. Potong jalan, tunggu sebulan baru nak turap balik. Time orang cuti dia cuti. Time orang kerja balik baru dia sibuk-sibuk nak tutup jalan. Akhirnya jalan siap tapi tak sebaik jalan lama. Garisan pembahagi jalan baru nampak quite recently.

Memang tak syok lah kalau cerita pasal repair jalan kat USM nih! Yang peliknya keadaan yang meresahkan jiwa ramai orang tu terus berlangsung seperti sesuatu yang normal dan tidak memerlukan campurtangan dari mana-mana pihak. Dan situasi yang sama terus saja berulang dalam apa jua projek jalan yang dijalankan di USM. Tengok saja kerja korek jalan di jalan utama sepanjang Pusat Sejahtera.

Walaupun sinikal, tulisan ini juga bersandarkan harapan untuk berubah.